Ahad, 17 Oktober 2010

Inilah aku...






Aku ini senang sahaja bersendiri..sejak dahulu lagi,aku memang begini..
Aku adalah aku dan aku tidak perlu untuk meniru atau mengikut cara orang lain..
Oh ya,aku juga seorang yang aktif dalam bidang lapangan masyarakat..
Aku juga pernah dilantik menjadi Pengerusi Pasukan kawalan keselamatan malam di kampung aku(kes kecurian dan pecah rumah waktu itu amat berleluasa),pernah
menjadi penganjur program jamuan hari raya anak perantau selama 3 tahun,pernah menjadi setiausaha Kesuri(kelab sukan dan rekreasi kg bahagia),pernah menjadi ahli JKKK kampung(bahagian biro sukan) dan yang terkini dilantik menjadi Presiden Kelab Olskool Teluk Intan Car Club(Ostic)....tapi yang terbaru,aku dijemput untuk menjadi bilal di masjid pada hari jumaat ini(imam Taib yang terlalu menyuruh aku)serba salah aku dibuatnya..
pernah aku katakan pada beliau,"punya la banyak serta ramai nya penduduk kampung bahagia ini,takkan le saya yang tuan haji nampak untuk menjadi bilal di masjid kita ini"...ntah apa la yang deme sudah nampak pada teman ni....ujar Imam Taib lagi,mike punya suara yang baik!!
Prinsip hidup aku mudah,iaitu hendaklah amanah,jangan ada sifat sombong,berlaku jujur dan yang penting sekali,jangan pecah amanah terutama sekali melibatkan wang ringgit..serta perlu ada sikap kebersihan yang tinggi dalam diri kita..bagi aku,jika bersih itu hadir dari jiwa,maka bersihlah segalanya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan