Ahad, 17 Oktober 2010

Inilah aku...






Aku ini senang sahaja bersendiri..sejak dahulu lagi,aku memang begini..
Aku adalah aku dan aku tidak perlu untuk meniru atau mengikut cara orang lain..
Oh ya,aku juga seorang yang aktif dalam bidang lapangan masyarakat..
Aku juga pernah dilantik menjadi Pengerusi Pasukan kawalan keselamatan malam di kampung aku(kes kecurian dan pecah rumah waktu itu amat berleluasa),pernah
menjadi penganjur program jamuan hari raya anak perantau selama 3 tahun,pernah menjadi setiausaha Kesuri(kelab sukan dan rekreasi kg bahagia),pernah menjadi ahli JKKK kampung(bahagian biro sukan) dan yang terkini dilantik menjadi Presiden Kelab Olskool Teluk Intan Car Club(Ostic)....tapi yang terbaru,aku dijemput untuk menjadi bilal di masjid pada hari jumaat ini(imam Taib yang terlalu menyuruh aku)serba salah aku dibuatnya..
pernah aku katakan pada beliau,"punya la banyak serta ramai nya penduduk kampung bahagia ini,takkan le saya yang tuan haji nampak untuk menjadi bilal di masjid kita ini"...ntah apa la yang deme sudah nampak pada teman ni....ujar Imam Taib lagi,mike punya suara yang baik!!
Prinsip hidup aku mudah,iaitu hendaklah amanah,jangan ada sifat sombong,berlaku jujur dan yang penting sekali,jangan pecah amanah terutama sekali melibatkan wang ringgit..serta perlu ada sikap kebersihan yang tinggi dalam diri kita..bagi aku,jika bersih itu hadir dari jiwa,maka bersihlah segalanya....

Rabu, 22 September 2010

Kisah aku dan hobi pelik aku....


Aku..

Aku suka kenderaan.
walau basikal,motor atau kereta,janji ianya barang lama....
Aku pun tak mengerti mengapa aku bersikap demikian..
sikap aku atau kecintaan aku pada benda lama ini,bisa buat orang hairan atau pelik melihat aku...
namun sekurangnya,hobi sebegini bisa mampu menjana pendapatan sampingan aku....
dan apa yang pasti,aku tidak meminjam wang sesiapa baik saudara,kawan rakan,jiran atau pihak Bank....
Aku tak suka nak berhutang...
Prinsip hidup aku senang sahaja,ada duit buat cara menjana kan duit...tak ada duit,buat cara tak ada duit kerna memang tak berduit...
Jika boleh,jangan lah kita suka menyusahkan orang,biar kita susah asal jangan memberi kesusahan kita pada bahu orang lain..dan jangan lah mencari jalan menuju kesusahan..
Belajar dari kesilapan diri dan kelemahan yang ada dalam diri..serta jangan suka mencari kelemahan orang lain,carilah jalan bagaimana hendak mencari jalan penyelesaian nya...
itu sahaja prinsip hidup aku..bab orang lain,aku tak nak ambil tahu
masing-masing punya hujah,masing-masing punya pegangan...
tepuk dada,tanya selera..
Gambar di atas ini,adalah sebahagian dari koleksi basikal aku....
Basikal BMX model era 80an..zaman aku bebudak dulu...

Aku mula menulis.........23/9/2010

Aku mula menulis...

Nama aku Fahme..
orang kampung kampung memanggil aku dengan nama Fahme Burger..
aku menjual burger di kampung aku,lalu nama burger itu terus tertanam pada diri aku..
Aku ini jua merupakan seorang yang pelik...
Orang-orang di kampung ku,amat arif benar dengan kepelikkan aku ini..
Rakan-rakan ku jua,amat memahami kepelikkan aku ini..
Aku suka benda yang nampak pelik,macam pelik dan pengetahuan anda,Tuhan kita juga adalah pelik....
Dan Si Maha Esa,suka benda yang pelik-pelik.....
Dan yang peliknya,aku mampu menghasilkan karya-karya sajak yang kadangkalanya benar-benar pelik sehingga pelik pula orang membacanya....
Oh ya,yang sebenarnya,aku ini gemar menulis sajak-sajak yang punya maksud tersiratnya...
aku bisa menghasilkan sajak-sajak spontan hingga 5,6 buah sajak dalam satu masa...
idea untuk menulis sajak,datang mencurah-curah ibarat air terjun niagara....
banyak karya-karya sajak aku,aku buang terus di laman FaceBook aku....
kerna aku sudah bersumpah,kerna FaceBook pernah buat aku hilang sahabat baik aku....
Namun,perasaan dan kecintaan aku untuk menulis,meronta-ronta...
lalu,ingin cuba semula untuk berkarya...
sekadar tatapan dan renungan bersama....

salah satu contoh karya aku:

ANGIN

Angin..
Indah damai jiwa mu
menghempas kemana tak kira tujuan
Tak kira waktu,tak kira hala tuju
Namun masih meniup sang bayu

Angin..
Aku amat memerlukan mu
kerna bahang panas mula mencucuk tubuh ku
perit dan rakus si mentari
tak kenal jemu tanpa ragu

Angin..
Sifatmu itu ciptaan Tuhan
yang tahu mana hala tujuan
pasrah kamu pasrah
kerna angin tetap jua berhembus
beralun memuji Si PenciptaNya....


begitulah rupa sajak aku.......