Aku..
Aku suka kenderaan.
walau basikal,motor atau kereta,janji ianya barang lama....
Aku pun tak mengerti mengapa aku bersikap demikian..
sikap aku atau kecintaan aku pada benda lama ini,bisa buat orang hairan atau pelik melihat aku...
namun sekurangnya,hobi sebegini bisa mampu menjana pendapatan sampingan aku....
dan apa yang pasti,aku tidak meminjam wang sesiapa baik saudara,kawan rakan,jiran atau pihak Bank....
Aku tak suka nak berhutang...
Prinsip hidup aku senang sahaja,ada duit buat cara menjana kan duit...tak ada duit,buat cara tak ada duit kerna memang tak berduit...
Jika boleh,jangan lah kita suka menyusahkan orang,biar kita susah asal jangan memberi kesusahan kita pada bahu orang lain..dan jangan lah mencari jalan menuju kesusahan..
Belajar dari kesilapan diri dan kelemahan yang ada dalam diri..serta jangan suka mencari kelemahan orang lain,carilah jalan bagaimana hendak mencari jalan penyelesaian nya...
itu sahaja prinsip hidup aku..bab orang lain,aku tak nak ambil tahu
masing-masing punya hujah,masing-masing punya pegangan...
tepuk dada,tanya selera..
Gambar di atas ini,adalah sebahagian dari koleksi basikal aku....
Basikal BMX model era 80an..zaman aku bebudak dulu...